Latar Belakang

RISDA Holdings Sdn. Bhd., (RHSB) ditubuhkan pada 5 April 2011, sebuah syarikat milikan penuh RISDA dengan modal dibenarkan sebanyak RM100 juta dan modal berbayar RM16 juta. Mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Januari 2012 dan selaras dengan kelulusan penstrukturan semula Syarikat Milikan RISDA oleh YB Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Menteri Kewangan pada 4 Mac 2011, Mesyuarat Pihak Berkuasa RISDA Kali Ke-216 pada 6 Oktober 2011 telah bersetuju untuk melantik RHSB sebagai ejen mengurus Syarikat Milikan RISDA (SMR).

AKTIVITI RHSB

Penubuhan RHSB adalah untuk menjalankan aktiviti perancang berperanan seperti berikut:-

  1. Penjajaran Pemegang Saham Syarikat Milikan RISDA.
  2. Menyelaras syarikat untuk berkembang maju serta berdaya saing.
  3. Penjajaran operasi syarikat-syarikat subsidiari.
  4. Rancangan Pengurusan Rasionalisasi Perniagaan Subsidiari.
  5. Pemusatan fungsi.

AKTIVITI SEMASA

RHSB dilantik sebagai ejen mengurus semua syarikat milikan RISDA yang aktif untuk kerja-kerja pengurusan yang dipusatkan di peringkat RHSB iaitu :

  1. Perancangan Korporat.
  2. Perundangan, Kesetiausahaan dan Pematuhan.
  3. Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia.
  4. Kewangan dan Audit Dalam.
  5. Teknologi Maklumat.

Bagi fungsi Perundangan, Kesetiausahaan dan Pematuhan, Teknologi Maklumat dan Audit Dalam, perlaksanaan fungsi-fungsi tersebut adalah sepenuhnya dijalankan oleh RHSB.

Bagi fungsi lain seperti Perancangan Korporat, Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia dan Kewangan, RHSB akan menyelaras dari segi dasar manakala pelaksanaannya akan terus beroperasi sebagaimana sedia ada iaitu akan diuruskan oleh syarikat masing-masing dan RHSB hanya akan bertindak sebagai penyelaras.

14 buah Syarikat Milikan RISDA berada di bawah kawal selia RISDA Holdings Sdn. Bhd., mengikut sektor berikut :-

  1. Perladangan – ESPEK Sdn Bhd, RISDA Plantation Sdn. Bhd., dan ESPEK Plantations Sdn. Bhd.
  2. Input Pertanian – RISDA Ventures Sdn. Bhd., RISDA Semaian Sdn. Bhd., Smallholders Development Corporation Sdn. Bhd., Dan RISDA Fleet Sdn. Bhd.
  3. Pembiayaan dalam bidang ‘Factoring’, Pinjaman perumahan, kereta dan komputer – Permodalan RISDA Berhad.
  4. Insurans – Protac Insurance Brokers Sdn. Bhd.
  5. Ternakan – ESPEK Livestock Sdn. Bhd.
  6. Pembangunan Hartanah – RISDA Bina Sdn. Bhd.
  7. Pendidikan – Kolej RISDA Sdn. Bhd. (UCAM)
  8. Perkhidmatan – RISDA Catering & Event Sdn. Bhd. , RISDA Security & Services Sdn. Bhd., RISDA Fleet Sdn. Bhd..
  9. Obligasi Sosial – Yayasan RISDA.